KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran Mendengar dan Bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami
perkara yang didengar dan ditutur oleh seseorang dalam pelbagai situasi
pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Aktiviti hasil
pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur ialah berbual, bercerita,
menyampaikan maklumat dan berbincang.
Contoh
hasil pembelajaran kemahiran ini dan cadangan aktiviti ialah:
Berbual
dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak
formal
Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai
Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila
Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara
Menyatakan permintaan secara berterus terang dan menyakinkan dengan
menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan
permintaan
Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat
dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai
Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan
Cadangan Aktiviti
Berbual tentang isu semasa. Contoh situasi: ponteng sekolah
Membezakan ayat tanya tanpa kata tanya dengan ayat penyata dalam petikan
dialog
Simulasi memberikan arahan kepada rakan cara mendapatkan barangan atau
perkhidmatan
Meniru aksi lakonan
Menonton sedutan lakonan dan menyatakan maksud ungkapan
berdasarkan intonasi penutur dalam lakonan tersebut
Lakonan seorang jurujual membuat promosi tentang sesuatu barang atau
perkhidmatan Contoh: Mempromosikan barangan dari aspek harga, model dan
keistimewaan
Bercerita dan
melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami
Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas
Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan
tepat
Cadangan Aktiviti
Bercerita tentang rancangan televisyen atau filem yang diminati dan
menjelaskan sebab meminati rancangan tersebut
Menyelesaikan masalah berdasarkan situasi yang diberi. Contoh situasi:
Mencari laluan keluar setelah sesat semasa aktiviti kembara.Melaporkan tindakan
susulan mengatasi masalah tersebut semasa beraktiviti
Menyampaikan
maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan
berkesan
Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat, dan laras bahasa yang sesuai
Menghuraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan
Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti terancang
Cadangan Aktiviti
Mengelaskan produk mengikut jenis berdasarkan label. Contoh: Makanan
kesihatan, kosmetik dan sebagainya
Menyatakan maklumat sesuatu produk mengikut kategori berdasarkan label
Melihat gambar satu situasi yang diberi dan memikirkan kesan daripada
situasi tersebut Contoh: Gambar beberapa orang penagih dadah yang terbaring di
sebuah rumah using
Membincangkan kesan penagihan dadah terhadap diri, ibu bapa, keluarga
dan masyarakat
Simulasi mesyuarat membentangkan satu cadangan.
Contoh: Mencadangkan
mengadakan lawatan ke Pusat Sains. Murid diminta memberi pendapat untuk
menyokong atau menolak cadangan tersebut dengan memberikan alasan menggunakan
bahasa yang bersantun
Berbincang
tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila
Mengemukakan idea, pandangan, dan,pendapat, tentang sesuatu perkara
secara terperinci, tepat dan tersusun
Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan
maklumat yang disampaikan oleh pihak lain
Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang pendirian dengan
memberikan alas an yang sesuai secaraa sopan
Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pendapat dalam
perundingan untuk mencapai kata sepakat
Cadangan Aktiviti
Berbincang tentang sesuatu topik seperti kelas tambahan perlu untuk murid
darjah enam
Mendengar dengan teliti idea yang disampaikan oleh ahli kumpulan
Memberikan respons terhadap idea yang disampaikan secara bertatasusila
Membahaskan sesuatu isu yang sesuai. Contoh: Kelas bimbingan membantu
murid dalam pembelajaran
Perbincangan cara untuk menceriakan kelas dengan member ikan contoh
untuk menyokong atau menentang cadangan itu
Simulasi memujuk rakan menyertai sesuatu program sekolah. Contoh
program: Lawatan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
Kemahiran
Mendengar
satu proses yang melibatkan dua kemahiran
menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama, cth:
b – p (badang – padang)
b – p (badang – padang)
d – t (datang – tatang)
l – r (lali – lari)
k – g (kalah – galah)
memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan
ayat
Untuk memahami bunyi bahasa, murid perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman
berikut:
§ Pengetahuan
yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan
bagaimana bahasa digunakan
§ Pengetahuan
tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar
§ Pengetahuan
tentang sistem bahasa
Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Pendengar mesti
mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Pendengar juga memilih dan
menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah
satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
Mendengar
melibatkan dua proses utama, iaitu:
Membuat jangkaan
Apabila kita mendengar sesuatu, kita akan membuat jangkaan dalam fikiran
terhadap apa yang kita dengar seterusnya. Contoh: apabila kita mendengar berita
kebakaran, kita akan membuat jangkaan tentang kemungkinan peristiwa yang akan
berlaku berkaitan dengan kebakaran. Apabila jangkaan seperti ini dibuat, kita
dapat mendengar dengan lebih berkesan lagi.
Menentukan tujuan
Murid perlu menentukan tujuan ia mendengar, sama ada untuk hiburan,
pengetahuan atau maklumat. Mendengar tanpa tujuan adalah tidak berguna.
Faktor-faktor
yang mempengaruhi kemahiran mendengar
Fizikal
Murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat
kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan
ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat
pendengaran.
Jantina
Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan
kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9
tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak
perempuan yang sebaya dengannya.
Status sosioekonomi
Latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli
keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak
yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap
apa yang didengar.
Gangguan bunyi
Bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar.
Mental
Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu
yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat
tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar
mereka.
Kemahiran
mendengar dalam KBSR
Program Bahasa Melayu KBSR memberi penekanan kepada kemahiran asas
berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kemahiran ini
diajar secara gabung jalin. Penggunaan satu-satu kemahiran ini akan
mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain.
Dalam mempelajari bahasa akan wujud perbualan; dan perbualan memerlukan
kesepaduan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur. Begitu juga,
kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kemahiran
mendengar yang kurang baik menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
membezakan bunyi-bunyi bahasa yang didengarnya. Oleh itu, ia mungkin menulis
menurut apa yang didengarnya, yang berbeza daripada ujaran sebenar. Kemahiran mendengar
menjadi asas kepada kemahiran membaca. Dengan itu pengukuhan kemahiran
mendengar juga membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Masalah
dalam menguasai kemahiran mendengar
Kekeliruan dalam membezakan bunyi
Kelemahan dalam memahami apa yang didengar
Tidak cekap dalam memproses maklumat
Kelajuan dalam pertuturan
Gaya pertuturan – tekanan, intonasi, nada, jeda, kepanjangan dan dialek
Pemilihan
bahan dalam kemahiran mendengar
Alat elektronik
Radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh membantu kerana
bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara, intonasi dan
sebagainya.
Bahan rangsangan
Bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran mendengar,
contohnya:
§ Bahan
bentuk prosa
Cerita, perbahasan, Berita, drama
§ Bahan
bentuk puisi
Pantun, syair, Sajak
§ Bahan
bentuk grafik
Pelan, rajah, peta
Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk audio dan
video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini tidak
terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid.
Aktiviti
mendengar ada 2
peringkat:
mendengar
untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Contoh:
§ mendengar
dan menyebut perkataan secara latih tubi
ladang –
padang, pantai – pandai, lali – lari, galah – kalah
§ latih tubi
pemintal lidah
- Pandang
pandan depan padang
- Letak
tulang atas dulang
- Berat beras
dua belas kilo
- Dari darah
dari nanah yang punah di tanah
§ memadankan
perkataan dengan gambar
Mendengar
untuk memahami dan bertindak balas
Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid
terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah:
Aktiviti
mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas
Aktiviti
mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama
Aktiviti
mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang
Aktiviti
mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas
§ Menandakan
betul atau salah
Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar,
gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa
guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid mendengar sambil
menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang
salah berdasarkan bahan grafik yang diberi.
§ Menyusun
gambar
Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar
bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka
menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul.
§ Mendengar
dan memilih gambar
Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka
mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang
tepat mengikut penerangan yang didengar.
§ Melukis
bahan berbentuk grafik
Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru.
Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik
seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh:
Guru bercerita: “Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat
sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini.
Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha,
Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil
perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul.” Sambil
mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan.
§ Menandakan
lokasi dan arah perjalanan
Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan
atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah perjalanan di atas
peta mengiktu pernyataan yang didengar.
Contoh: Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan. Guru
menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti
sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan
guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta
berkenaan.
§ Mengisi
jadual
Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk
dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog
atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang diperlukan.
§ Teka siapa
saya
Aktiviti
ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti
dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid
cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda
yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul.
Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki.
Contoh: “Rupa
saya bulat. Saya boleh melompat dan berguling-guling. Manusia sanggup bersusah
payah untuk menonton saya. Cuba teka siapakah saya?”
Aktiviti
mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama
Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat
ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar.
Contoh aktiviti:
§ Menjawab
soalan kefahaman
Berdasarkan
bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalan-soalan
kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh:
murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada “Hari Guru”. Kemudian mereka
diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut.
§ Mencatat
isi, mengulas dan membuat ringkasan
Murid
mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil
mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada
bahan yang didengar.
Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan
berbincang
Aktiviti
mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau
bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid
mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti
seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid
berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis,
atau kedua-duanya sekali.
Contoh
aktiviti:
§ Mengkategorikan
fakta
Dalam
aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana,
komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta
mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan.
§ Menilai
perwatakan
§ Bahan
rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid
menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan,
perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta
menilai sikap dan pendirian penutur.
§ Mendengar
untuk mencantum maklumat
Dalam
aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar
maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan
tugasan.
Pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan
pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut:
Peringkat pramendengar
Peringkat semasa mendengar
Peringkat selepas mendengar
Peringkat pramendengar
Peringkat
pramendengar
§ Guru
memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula
mendengar.
§ Guru
memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan.
§ Guru
memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam
keadaan baik serta mencukupi.
§ Guru
memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikuti aktiviti.
Peringkat
semasa mendengar
§ Guru
memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan
§ Guru
hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul semasa aktiviti
mendengar dijalankan.
Aktiviti sesudah mendengar
§ Guru
menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman
yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
§ Guru
memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
§ Guru
memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
§ Guru
menjalankan aktiviti tindakan susulan.
Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan dengan satu
atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran bahasa.
Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur.
Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan sebagaimana
kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan tahap
kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid.
Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai teknik boleh
digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik dan mencabar
seperti teknik bercerita, soal-jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan
nyanyian.
Penilaian
Dalam Kemahiran Mendengar
Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu mendapat maklum
balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan mengukuhkan
kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan sama
ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa lazimnya guru dapat
menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas yang
ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa aspek
kemahiran mendengar:
Sebutan, tekanan, jeda, intonasi
Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda dalam sesuatu
ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga haruslah dapat
menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang baik.
Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan
Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat membuat
perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh: dedak – ledak, bagi – baki, keras
– kerat
Kefahaman terhadap teks yang didengar
Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti cerita, ucapan,
pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji kefahaman yang terdiri
daripada pelbagai aras kognitif.
Contoh soalan mengikut aras kognitif:
§ Siapakah
yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan)
§ Tuliskan
tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai pertanian kepada pelawat-pelawat
tersebut (kefahaman)
§ Pada
pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai pertanian dihantar berkursus
di luar negeri? (sintesis)
KEMAHIRAN
BERTUTUR
Bertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi.
Bertutur memerlukan
dua proses:
Proses mental – pengetahuan bahasa
Proses fizikal – menggunakan organ-organ ujaran
untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa
Terdapat pula dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi lebih
berkesan, iaitu:
Unsur-unsur prosodi – intonasi, nada, tekanan,
kepanjangan, jeda
Unsur-unsur paralinguistik – penggunaan isyarat dan
pergerakan anggota badan, mimik muda
Objektif
Kemahiran Bertutur
KBSR menekankan pengajaran bertutur bagi membolehkan murid bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai
situasi perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, dengan guru, dengan
ibu bapa serta aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran bertutur haruslah
membolehkan murid dapat:
Menyebut dengan jelas
Menyampaikan pendapat
Melaporkan peristiwa, menghurai dengan tepat
Memberikan penerangan / alasan
Menunjukkan arah
Membina soalan untuk mendapatkan maklumat
Bertemu ramah/ temu bual/ berdialog
Bertukar-tukar fikiran / maklumat
Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
Bertutur dengan menggunakan bahasa yang bertatasusila
Peringkat-peringkat
dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
Peringkat penerimaan mendengar dan memahami
Iaitu latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan intonasi, frasa
dan ayat, aspek sebutan, kelancaran dan kefasihan berbahasa. Pada peringkat ini
murid diperdengarkan contoh-contoh ujaran yang betul sama ada secara langsung
daripada guru atau rakaman
Peringkat penghasilan semula bertindak balas
Peringkat ini murid dilatih bertutur dengan menumpukan aspek-aspek:
Sebutan bunyi tunggal, seperti [m], [l], [r], [s]
Sebutan perkataan yang melibatkan vokal dan diftong
seperti ambor, pantai, pulau, saat, baik, air
Nada yang sesuai seperti bertanya, meminta
kepastian, permintaan
Aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan,
struktur ayat
Penggunaan laras mengikut situasi, tujuan,
pendengar
Aspek makna, ayat dan wacana yang tepat dan sesuai
Fungsi-fungsi
pertuturan
Fungsi peribadi kemampuan murid menyampaikan buah fikiran, perasaan atau
hajat mereka dengan jelas dan tepat.
Fungsi perhubungan mengisi keperluan harian. Contoh:
·melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.
·Berkongsi kegembiraan seseorang
·Menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang
lain
·Meminta diri
·Meminta maaf dan memberi kemaafan
·Memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang
lain
·Menyatakan penghargaan dan berterima kasih
·Menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain
·Menyatakan ketidaksetujuan
·Mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain
sedang bercakap
Fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat-ayat arahan /
permintaan ketika mengarah, memohon, memberi cadangan, meyakinkan orang lain
Fungsi menyoal bertujuan melatih murid supaya dapat membina soalan
dengan jelas, tepat dan ringkas.
Fungsi merujuk berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang
telah, sedang dan akan berlaku. Dalam pelaksanaannya, murid-murid lebih banyak
dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat seperti penggunaan
kata, struktur ayat dan aspek morfologi.
Fungsi imaginasi bertujuan melatih murid dapat menggunakan bahasa secara
kreatif semasa bertutur. Contoh:
·mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan
intonasi yang betul
·menggunakan bahasa berirama
·bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama
·bercerita secara kreatif
Fungsi menyampaikan maklumat melatih murid menyampaikan maklumat secara
lisan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan
untuk dikongsi dengan orang lain.
Contoh-contoh aktiviti bertutur dalam KBSR
·
Mengaitkan aksi dengan pertuturan
·
Menjawab soalan-soalan rakan atau guru
·
Membina soalan berdasarkan bahan
·
Memberi arahan kepada rakan-rakan
·
Menerangkan gambar atau bahan grafik
·
Berbual melalui telefon
Perancangan
aktiviti kemahiran bertutur
Peringkat
persediaan
Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh
murid atau membuat tunjuk cara serta memberikan contoh.
Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat aktiviti. Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain
yang mungkin perlu.
Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan
murid memahami tugasan.
Peringkat pelaksanaan aktiviti
Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau
pasangan yang mengambil bahagian
Peringkat susulan dan penilaian
Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk
mendapatkan maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh
murid. Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum
balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan
memberi kerja rumah uang berkaitan untuk aktiviti susulan.
Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk
kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil
bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan
satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan
pembelajaran murid.
Penggunaan
alat / bahan dalam kemahiran bertutur
Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya dengan objektif
pelajaran dan keberkesanan penggunaan.
Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh
dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran,
misalnhya:
Guru manaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan
perbezaan intonasi dalam pengucapan.
Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu
sebutan.
Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang
perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.
Objek sebenar
objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh
dijadikan alat / bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk
membolehkan murid:
Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi
berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan
pita rakaman.
Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang
sedang berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza
dengan pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita
rakaman atau tayangan filem/video.
Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang
baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah
bahan-bahan yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur.
Gambar
elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri
sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon,
berpuisi, berdialog
Grafik
pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan
rangsangan untuk bertutur seperti:
Carta pai – palang; lingkaran; carta organisasi
Jadual – jadual waktu; perjalanan; jadual tugas
Pelan / peta – arah perjalanan; kedudukan sesuatu
tempat
Menulis rancangan mengajar kemahiran lisan
Kemahiran lisan
merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca
dan menulis.
Maknanya,
guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat
meliputi
aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
Perancangan aktiviti lisan melibatkan
tiga peringkat
Peringkat
persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu
melakukan tiga perkara asas, iaitu:
Guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh
yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh
murid dalam proses pengajarannya.
Contoh aktiviti: guru dan beberapa orang murid
menunjukkan simulasi cara melintas jalan
Guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan,
bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan
digunakan dalam proses P & P.
Contoh aktiviti: Guru menunjukkan beberapa
keping gambar kesalahan melintas jalan raya.
Guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang
disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh
digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
Peringkat
pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting,
iaitu:
Murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan
Guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas,
kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu
Peringkat
susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat
membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada
peringkat ini guru boleh menentukan sama ada:
Objektif pengajarannya tercapai atau tidak
Murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan
Apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan
Objektif, langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti
Mendengar dan memahami pertuturan yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah
Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti
perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
1983 :3)
Berdasarkan KSSR, objektif standard
pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid-murid tahun 1 mulai tahun 2011
(Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) adalah
seperti berikut:
Mendengar,
mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti
dan betul
Mendengar,
mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul
Mendengar,
memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku
kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan betul dan
tepat
Mendengar,
memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat
Mendengar,
memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan,
pesanan, dan pertanyaan dengan betul
Bertutur
dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi
kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam
situasi tidak formal secara bertatasusila
Bercerita
tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang di dengar
menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul
Berbicara untuk menyampaikan maklumat
tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara
bertatasusila
Langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti bertutur
Aktiviti
bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza ( Radiah Nordin dan
Maimunah Samat, 1992 : 48-49)
Pada peringkat
persediaan, terdapat tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu:
Guru
menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau melakukan
tunjuk cara serta memberi contoh.
Guru
mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti (kad kiu,
kertas edaran dan lain-lain)
Guru
memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.
Pada peringkat
pelaksanaan aktiviti, terdapat dua perkara yang dilaksanakan iaitu :
Murid
menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
Guru menyelia dan membimbing kelas,
kumpulan atau pasangan yang menjalankan aktiviti
Peringkat susulan dan penilaian
Penilaian
dijalankan secara berterusan (perbincangan - memberi maklum balas tentang
prestasi dan pencapaian murid)
Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja
rumah yang berkaitan dengan aktiviti bertutur yang dijalankan.
KEMAHIRAN
MEMBACA
Definisi membaca
Kemahiran adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembecaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulis.
Kemahiran membaca meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, dia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.
Konsep membaca
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
Kemahiran adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembecaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulis.
Kemahiran membaca meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, dia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.
Konsep membaca
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
§ untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu
tajuk atau perkara
§ untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau
perkara
§ untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman
tentang sesuatu konsep
§ untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu
persoalan
No comments:
Post a Comment