January 27, 2014

TAJUK 4 PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Kandungan tajuk ini memberi panduan kepada para pelajar membuat pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan bahan termasuklah:
  1. Memilih bahan sastera
  2. Memilih bahan tatabahasa
  3. Memilih bahan bidang ilmu lain

Hasil pembelajaran
  1. Mensintesis maklumat dari pelbagai sumber untuk mendapatkan bahan
  2. Menterjemah pengetahuan dalam memilih bahan yang sesuai untuk pengajaran bahasa  

Komponen modul pembelajaran
Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu begitu banyak di alam maya kini. Namun, pemilihan yang bijak, tepat dan berguna harus dititikberatkan oleh pengguna. Pemilihan bahan harus diberikan perhatian dalam beberapa aspek. Antaranya ialah: 



Pemilihan bahan amat penting bagi menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan. Berikut ialah faktor-faktor pemilihan bahan dalam internet:  



   Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks, malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Pemilihan bahan pengajaran Bahasa Melayu haruslah bersesuaian untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:





 Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



4.1 Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:




Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusasteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusasteraan adalah seperti intelek, emosi, imaginasi dan teknik. 



Pemilihan bahan sastera perlu mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah: 

   Berikut merupakan salah satu cara mencari dan memilih bahan sastera jenis pantun melalui internet. 



4.2 Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Sering kali selepas pembelajaran dalam , murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.



Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan berdasarkan dua aspek utama iaitu: 



Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa.  

    Jenis-jenis tatabahasa

 


Faktor pemilihan bahan tatabahasa


  Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yag telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan bahan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau dijangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 

Faktor mengapa perlunya pemilihan dan penilaian bahan
Menurut Neil (1999), beberapa faktor harus dititiberatkan dalam mencari bahan dalam internet. Antaranya: 



Langkah-langkah pemilihan bahan Bahasa Melayu



4.3 Memilih bahan bidang ilmu lain
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun , sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti: 







No comments:

Post a Comment