January 29, 2014

TAJUK 5 MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


  1. Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  2. Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  3. Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu
  4. Membina dan menggunakan pakej tutorial pembelajaran
  5. Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah : Frog VLE

Hasil Pembelajaran
  1. Membuat refleksi dan penilaian dalam membina tapak dan laman web
  2. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran untuk membina laman dan tapak pembelajaran

Pengenalan 
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.


Kepentingan membina laman web 
  1. Memaparkan idea Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain
  2. Meningkatkan kebolehan diri - Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang interent
  3. Komunikasi maya - Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama
  4. Berkongsi maklumat - Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna

5.1 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Asas pembinaan tapak pembelajaran
Untuk membangukan satu program multimedia yang baik, kita mestilah mengikuti beberapa prinsip reka bentuk skrin seperti:




Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman web di mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran boleh diwujudkan sama ada melalui perisian Microsoft PowerPoint dengan capaian hyperlink atau melalui laman web atau blog secara online internet. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Sebagai panduan umum, tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah di bawah. 




Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan Pengajaran Harian. Berikut ialah contoh tapak pembelajaran:












5.2 Prosedur pembinaan laman web tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Antara contoh-contoh jenis laman web:



Pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P Bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perli diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini. 


Garis panduan pembinaan tapak pembelajaran 
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran. Antaranya ialah: 





Prosedur memuat naik tapak pembelajaran dan laman web ke file manager
Siapkan tapak pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk tapak pembelajaran seperti yang disediakan. Klik file, publish to the web dan namakan fail sebagai index. 

Setelah tapak pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik tapak pembelajaran ke web atau laman sesawang. 

Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod. 


Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan. 

Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. 


Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran. 


Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager. 


Apabila anda mengklik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager. 


Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. 


Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan anda lihat.


Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite**. Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. 


Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat dilihat. Klik butang Upload. 


Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan pada skrin komputer. 


Pada paparan skrin akan ditunjukkan Upload OK dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengklik Close, paparan berikut akan ditunjukkan. 


Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan tapak pembelajaran anda ke laman web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik laman web pembelajaran anda. Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu, klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan seperti berikut. 


Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan. Sila klik Save kemudian klik Done. Setelah selesai mengklik Done, paparan berikut akan ditunjukkan. 


Anda akan dapat melihat alamat tapak pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini - http://aaaaa.tripod.com/index.htm. Ini merupakan alamat tapak pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page. Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat tapak pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya. 


5.3 Membina dan menggunakan tapak pembelajaran
Laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam P&P Bahasa Melayu, menurut Rosiadi et.al (2004), perkembangan teknologi dan ICT telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia termasuklah penggunaanya dalam pengejaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa cadangan am pembelajaran berasaskan web seperti contoh di bawah:



Penghasilan bahan pengajaran yang baik dan berkesan
Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajaran pelajar bagi mengelakkan mendapat bahan yang tidak bermutu dan tidak mencapai kehendak pembelajaran. Dalam proses penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan web, beberapa faktor perlu dipertimbangkan.

Menurut Rosiadi et.al (2004), terdapat beberapa soalan yang perlu diberikan perhatian dan penekanan dalam penilaian bahan pembelajaran berasaskan web, iaitu:
  1. Adakah mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berbantukan komputer?
  2. Adakah "screen design issues" telah diambil kira?
  3. Adakah kaedah penyampaian bahan pembelajaran berasaskan web berkesan?
Bagi menjawab persoalan (1) adalah perlu untuk kita mengetahui ciiri-ciri pembelajaran berbantukan komputer. Antaranya ialah:



No comments:

Post a Comment