January 13, 2014

SINOPSIS KURSUS BMM3105



Definisi
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan.


Sinopsis

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


Hasil Pembelajaran
1.  Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan


2.    Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran


3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah


4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian


5.  Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu


6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video



Kebaikan PPBK
1.    Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran


2.    Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran


3.    Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat


4.    Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan


5.    Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka


6.    Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan


7.   Mengawal perjalanan perisisan kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu


8.    Memberi maklum balas serta merta terutama dalam PPBK layih tubi atau penilaian


No comments:

Post a Comment