3.1 Garis panduan dan etika penggunaan internet
Tujuan
utama garis panduan dan etika penggunaan internet adalah untuk menerangkan
tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem
komunikasi dokumen rasmi kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet
dan e-mel. Teknologi internet telah memudahkan perhubungan antara
pengguna dan menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk
format dengan menyediakan sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan,
analisis, rujukan dan bahan-bahan lain yang berfaedah. Internet adalah infrastruktur saluran global dan
merupakan punca maklumat yang tidak terkawal. Oleh itu, ketepatan maklumat
internet tidak boleh ditentukan. Etika penggunaan internet
umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan internet yang betul (panduan). Hak
peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu yang membabitkan etika penggunaan internet dalam era
maklumat.
Masalah moral dan etika
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
Penggertak
Penyalahgunaan internet
Virus
Hak cipta terpelihara
Perisian cetak rompak
- Penggertak
- Penyalahgunaan internet
- Virus
- Hak cipta
- Perisian cetak rompak
Penggertak
- Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
- Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
Penyalahgunaan internet
- Konsep "langit terbuka" yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya dalam kalangan remaja.
Virus
- Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer
Hak cipta terpelihara
- Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian cetak rompak
- Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
Prinsip etika
Prinsip etika seperti di bawah mesti digunakan sebagai panduan pelaksanaan
teknologi maklumat apabila kita ingin membuat pilihan etika. Prinsip tersebut
adalah;
Kod etika
Siapakah yang perlu diutamakan walaupun terdapat kod etika? Majikan,
pelanggan masyarakat atau siapa? Tujuh soalan cadangan John McLeod dapat
menentukan etika sesuatu tindakan;
10 perkara untuk pengguna dan
profesional komputer yang dicadangkan oleh Institut Etika Komputer (Computer
Ethics Institute)
3.2 Cara membuat
brosur menggunakan Microsoft Publisher
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007 dan pilih
brochures
2. Pilih design yang anda minat (bersesuaian dengan
jenis brosur), seperti accessory bar
3. Masukkan butiran seperti nama, sekolah, tajuk, isi
kandungan, gambar dan sebagainya
4. Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur
anda. Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.
“Creative Commons membolehkan pengguna membangunkan dan memaksimakan kreativiti digital mereka dan berkongsi dengan lain dan mengalakkan inovasi antara satu sama lain”.
Dengan perkembangan dunia internet, kandungan yang mula dihasilkan oleh pengguna seluruh dunia juga meningkat dari hari ke hari. Dalam usaha untuk mengawal hak cipta pemilik terhadap kandungan, salah satu organisasi yang menyediakan beberapa lesen hak cipta untuk pemilik asal adalah Creative Commons.
Melalui pilihan pelesenan yang disediakan oleh Creative Commons, ia membolehkan pemilik sesuatu kandungan berkongsi hasil kerja mereka, seperti gambar, video, grafik, teks, dan sebagainya untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal.
Creative Commons yang diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2006 ini turut sama menerima sokongan ramai pihak, termasuk MDeC daripada Malaysia sendiri. Sekiranya perasan, kebanyakkan laman web berbentuk perkongsian menyediakan sokongan perkongsian menggunakan lesen Creative Commons, termasuk di YouTube, Flickr, SoundCloud, Vimeo dan banyak lagi.
Bagaimana Creative Commons membantu anda?
Dengan menggunakan pelesenan Creative Commons pada hasil karya anda, ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi karya anda bersama yang lain, di samping pada masa yang sama mengekalkan apa yang ditetapkan oleh anda. Ia sekaligus membantu dalam beberapa bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan, di samping membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.
Di samping itu, apabila anda ingin membangunkan
sesuatu kandungan, sebagai contoh sekiranya ingin hadir dengan sebuah video,
anda boleh menggunakan lagu latar atau grafik yang dilesenkan oleh pengguna
lain, dan melaluinya kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Sebagai contoh, video
anda akan mendapat lagu latar yang menarik, manakala pemilik lagu asal mendapat
lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari lebih ramai orang seluruh
dunia.
Siapakah yang menggunakan Creative Commons?
Selain
kami di Amanz, ramai yang menggunakan pelesenan Creative Commons untuk hasil karya
mereka. Selain individu persendirian, dan syarikat kecil, beberapa nama besar
turut melesenkan kandungan mereka dibawah lesen ini, termasuk antaranya adalah
Google, Wikipedia, Al-Jazeera dan beberapa yang lain. Di Malaysia, projek 15 Malaysia turut
sama mengguna-pakai pelesenan Creative Commons untuk projek mereka.
Lesenkan kandungan anda hari ini
Bagi anda yang aktif berkongsi gambar, video dan pelbagai karya di arena internet, mungkin anda boleh menyemak laman Creative Commons hari ini, dan mula memilih lesen yang sesuai untuknya. Anda juga boleh melakukan perkara sama ketika berkongsi kandungan di YouTube, Flickr, Vimeo dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment