April 10, 2014

TAJUK 15 SEMINAR ATAU PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG


  1. Mengadakan seminar
  2. Mengadakan pameran



Melalui seminar, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khususnya masyarakat luar. Seminar menurut kamus pelajar merupakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam dasar keperawatan kesihatan masyarakat (1997), seminar boleh didefinisikan sebagai satu cara di mana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah di bawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya. 

Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan, iaitu:
  • Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Penggunaan komputer di sekolah
  • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Ciri-ciri seminar Bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagian secara aktif dalam seminar



Contoh seminar pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer





April 7, 2014

TAJUK 14 BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


  1. Meneroka dan mengklasifikasikan objek pembelajaran
  2. Memilih objek pembelajaran Bahasa Melayu
  3. Menggunakan objek pembelajaran dalam aktiviti pengajaran 

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer. Cakera pdat menyimpan data secara optik.  




14.1 Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:





14.2 Memilih objek pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran Bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-ROM ini diharap dapat membantu meningkatkan minat murid untuk mempelajari Bahasa Melayu. 



14.3 Menggunakan objek pembelajaran dalam aktiviti pengajaran 
Penggunaan cakera atau CD-ROM boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 

Panduan menjaga keselamatan cakera padat
  • Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahari atau haba yang panas
  • Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat
  • Jangan menulis menggunakan pen maata bulat di permukaan atas cakera padat sebaliknya gunakan alat tulis seperti marker pen
  • Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih
  • Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
  • Pegang cakera padat dengan cara yang betul
  • Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan



April 6, 2014

TAJUK 13 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU


  1. Menggunakan animasi perkataan dan objek perisian persembahan
  2. Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
  3. Memanipulasi animasi dalam persembahan

Animasi digunakan untuk memberi gambaran bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi atau melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik. 

Bentuk animasi



13.1 Menggunakan animasi perkataan dan objek perisian 
Power points
Perisian powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan dalam persembahan. Dalam bidang pendidikan, powerpoint kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran di dalam bilik darjah. Powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan kata lain, ia boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantukan Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikaitkan dengan animasi. 

Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua, iaitu:
Animasi powerpoint pertama merangkumi lebih daripada slide powerpoint sahaja



Animasi powerpoint yang kedua merangkumi lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint



13.2 Mencari, mengumpul dan menyesuaikan animasi daripada internet
Maklumat boleh dicari dengan mencarinya di dalam enjin pencari.


13.3 Memanipulasi animasi dalam persembahan
Prosedur penyediaan papan ayat interaktif penggunaan enjin pencari untuk pencarian video
Terdapat pelbagai enjin perncarian yang boleh digunakan untuk mencari video antaranya google dan yahoo. 


Guna kata kunci pada enjin pencarian youtube untuk mencari video. 

Muat turun video yang sesuai dan simpan dalam satu folder. 

Penggunaan powerpoint presentation untuk papan ayat interaktif

Pilih layout yang sesuai contohnya layout blank

Masukkan background pada layout untuk dijadikan latar papan ayat interaktif


Masukkan video pada slide yang disimpan dalam file


Bina perkataan pada setiap papan berdasarkan video


Rakam suara menggunakan sound recorder dan simpan dalam folder

Gunakan hyperlink untuk memasukkan bunyi. Pilih perkataan pada papan dan pergi ke butang insert. Kemudian pilih action dan masukkan bunyi suara yang dirakam. 

Penggunaan custom show untuk memainkan semua slide dalam satu paparan sahaja. Pergi ke slide show dan pilih custom slide show. Setelah siap kesemua slide papan ayat interaktif, simpan papan ayat interaktif sebagai powerpoint show. 



April 4, 2014

TAJUK 12 MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


  1. Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  2. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

Alat pengarangan merupakan alat yang menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Ia juga merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan. 


12.1 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
Alat pengarangan yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh, pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google Docs. 
Google Docs ini boleh didapat dengan melayari https://drive.google.com/?pli=1#my-drive.
Google Docs merangkumi:

Aplikasi:
Guru memberi tajuk karangan dan mengarahkan murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui. 

12.2 Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan Bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah tersebut ialah:


Jenis-jenis alat pengarangan