March 19, 2014

TAJUK 11 PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO


  1. Konferensi secara dalam talian
  2. Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis

Sidang video merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinterkasi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak. Sidang video juga dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. Sidang video berbeza daripada videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu. Telesidang video sesuai bagi melaksanakan pendidikan jarak jauh seperti: 



Jenis persidangan video



Kebaikan menggunakan sidang video


Kelemahan menggunakan sidang video



11.1 Konferensi secara talian 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, konferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya dalam kalangan pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Konferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet. 

Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
Cekup (capture)
  • Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
  • Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yang kemudiannya dimampatkan
Mampat
  • Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital
  • Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
Siar
  • Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa
  • Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik

Contoh perisian sidang video




11.2 Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis
Sidang video menggunakan perisian Skype







Sidang video menggunakan Yahoo Messenger






March 16, 2014

TAJUK 10: MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


  1. Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
  2. Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
  3. Membina bahan video dan audio
  4. Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur serta membaca

Penerimaan sesuatu yang bersifat bergerak, beralun, berbunyi dan berirama adalah satu perkara yang digemari oleh semua golongan manusia terutama murid-murid sekolah rendah. Lantaran itu, adalah menjadi tanggungjawab guru Bahasa Melayu untuk mnengetahui cara membina bahan pengajaran berorientasikan video dan audio.

10.1 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
Proses pembinaan video dalam pengajaran kemahiran bahasa mempunyai perancangan tertentu seperti:
  • Penentuan peringkat pengajaran
  • Kemahiran bahasa

Penentuan peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai untuk penggunaan bahan video dan audio. Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu: 

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan, hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas. 

Kemahiran berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran iatu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran berbahasa ini sebelm membina bahan video dan audio. Hal ini demikian kerana sekiranya pengajaran dan pemmbelajaran pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan. 


10.2 Prinsip pembinaan bahan video dan audio
Pendedaan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Kita perlu membuat penilaian yang tepat tentang bahan audio visual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk disimpan. Asas pemilihan bahan audio visual perlulah memenuhi kriteria berikut:






Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia. 




Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas, elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks penting dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. 
  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian 
  • Pastikan teks dapat dibaca dari jarak yang sesuai
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks perlu bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain


Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparanvisual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh, maklumat padat yang berbentuk grafik madapat disampaikan dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian murid terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

Penggunaan elemen video dan audio
  • Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
  • Penggunaan video dan audio dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Sering kali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan. 


Panduan menggunakan elemen video dan audio
Video dan audio merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realitistik berbanding elemen-elemen multimedia yang lain. Video dan audio berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat serta perasaan dan emosi murid dengan lebih nyata. 

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar lebih kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya yang bersifat statik. Hal ini untuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian di samping memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian murid difokuskan kepada isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Selain itu, animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan dinamik bagi membolehkan proses membuat perkaitan mengenai sesuatu konsep yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda murid dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. 


10.3 Membina bahan video dan audio

Membina bahan video
Memuat turun video daripada internet

Simpan video dalam satu folder


Seterusnya, buka perisian movie maker


Masukkan video yang telah dimuat turun daripada internet ke dalam perisian movie maker


Masukkan audio atau rakaman suara sebagai bahan pengajaran dalam menyediakan video pembelajaran

Gerakkan audio atau rakaman suara yang sesuai dengan watak dalam video yang digunakan


Masa audio atau rakaman suara dapat diselaras mengikut masa video yang hendak dimainkan menggunakan timeline


Masukkan teks dalam video melalui "caption"


Masukkan tajuk video pembelajaran



Masukkan animasi dan video effect


Masukkan sound effect atau muzik permulaan




Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder 


Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti. 



March 13, 2014

ISU PENGGUNAAN ICT - PENGGUNA INTERNET PERLU ETIKA ELAK JENAYAH SIBER MEREBAK




Jenayah siber kini menjadi satu lagi ancaman kepada dunia berikutan peluasan penggunaan internet dan multimedia dalam pelbagai urusan harian. Kemunculan komputer dan internet sememangnya sebagai satu alat komunikasi terkini yang dapat memudahkan kehidupan manusia, tetapi pada masa yang sama, ia boleh mengundang bahaya jika tidak dikawal dan ditangani dengan sebaiknya. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang dapat memantapkan pencapaian ilmu dan maklumat. Namun, disebabkan tiada sesiapa yang mengawal perjalanan maklumat dalam dunia siber, berjuta-juta laman web diwujudkan. Berikutan itu, kewujudan pelbagai maklumat yang tidak diketahui kesahihannya seperti idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang pornografi yang disebarkan melalui internet telah membimbangkan kita. Jenayah siber juga boleh terjadi dalam pelbagai bentuk seperti penyelewengan, fitnah, menghina, menghasut serta pelbagai bentuk serangan secara maya yang boleh mengancam sesebuah kerajaan dan negara. Justeru, jika jenayah siber ini tidak ditangani secara cekap dan berkesan, ia boleh membawa banyak kemudaratan kepada masyarakat dunia.

Persoalannya, sejauh mana kita dapat menangani jenayah siber secara berkesan dalam dunia tanpa sempadan ini? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (TELMIN) ASEAN, beliau menyeru agar cabaran baru kesan daripada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu tidak harus dilupakan atau dipandang mudah kerana ancamannya boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap ekonomi dan negara. Justeru, gesaan Perdana Menteri supaya ASEAN mengambil langkah berkesan untuk meningkatkan keupayaan menangani ancaman jenayah siber serantau yang semakin canggih sehingga menimbulkan risiko besar kepada negara dan kerajaan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Antara langkah yang wajar diambil termasuk membina keupayaan kerajaan dalam aspek penguatkuasaan undang-undangnya serta peka terhadap ancaman siber sekarang dan pada masa depan. Beban pembuktian dalam jenayah siber adalah lebih besar jika dibanding dengan jenayah lain. Oleh itu, kepakaran forensik mengenai komputer yang selari dengan bidang perundangan dan pembuktian perlu ditingkatkan. Mengambil contoh Malaysia, walaupun negara mempunyai Akta Keterangan dan Akta Telekomunikasi untuk mendakwa mereka terbabit jenayah siber, ia bukanlah perkara mudah tanpa kecekapan dan kepakaran untuk mengemukakan bukti kukuh.

Apapun, perkara lebih penting adalah mendidik rakyat menggunakan internet secara beretika berasaskan budaya Timur yang diwarisi ASEAN. Pengguna internet dalam kalangan penduduk ASEAN tidak wajar terlalu terikut cara Barat yang lebih menekankan soal kebebasan bersuara, berfikir dan hak sehingga membawa elemen negatif kepada masyarakatnya. Kebebasan keterlaluan atas nama hak asasi manusia dalam mengharungi dunia siber hanya merosakkan pemikiran dan mewujudkan peluang merebaknya jenayah siber. Kita percaya ASEAN mampu mendidik rakyatnya untuk menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab seterusnya membawa kebaikan kepada generasi hari ini dan masa depannya.


Ruangan Minda Pengarang
Berita Harian
15 Januari 2011

March 12, 2014

TAJUK 9 MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER DAN KAD PENGUMUMAN


  1. Prosedur pengeditan
  2. Prinsip pengeditan
  3. Melaksanakan pengeditan
  4. Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa

Pengenalan 
Mengedit bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran guru. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian atau penambahbaikan. Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah: 

Bahan pengajaran Bahasa Melayu begitu banyak di alam maya kini. Digitalisasi yang berlaku kini adalah kesan rembatan kemajuan teknologi sehinggakan tercetus satu fenomena baru iaitu mengedit bahan pengajaran melalui internet kepada bentuk yang lebih menarik seperti brosur, "news letter" dan kad pengumuman. 



9.1 Prosedur pengeditan
  1. Mengetahui URL perisian pengeditan - Tempat pengeditan bahan boleh dijalankan
  2. Mendaftar terlebih dahulu - Sebagai menerima terma dan syarat syarikat pengendali perisian
  3. Memilih bahan yang sesuai - Mendapatkan bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam perisian atas talian
  4. Mengedit bahan atas talian - Memulakan pengeditan bahan atas talian


9.2 Prinsip pengeditan
  1. Bahan yang digunakan bersesuaian
  2. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
  3. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran



9.3 Melaksanakan pengeditan
Langkah pertama ialah membuka laman web. Contohnya. http://www.mybrochuremaker.com



Kemudian, bagi yang pertama kali membukanya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang "sign up". 



Masukkan alamat email dan juga kata kunci anda. 



Apabila pendaftaran telah selesai, anda perlu menulis tajuk projek dalam kotak yang disediakan dan seterusnya tekan butang "create new". 



Kemudian, anda boleh memilih tema dan layout yang ingin digunakan. 



Anda boleh mula mengedit bahan yang ingin dimasukkan ke dalam brosur anda. 



Setelah itu, proses mengedit bahan telah selesai dilakukan.