February 17, 2014

TAJUK 8 PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN


  1. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti aplikasi Web 2.0
  2. Melaskana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
Pengenalan
  1. Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan internet dan intranet
  2. Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk disampaikan secara elektonik kepada pelajar
  3. Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal
  4. Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan
  5. Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah secara lebih berkesan dan sistematik
  6. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini
  7. Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
  8. Mengurangkan bebahan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar
  9. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik
  10. Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar

Konsep
E-Pembelajaran interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang menggabungkan elemen-elemen multimedia. Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokkan. "Learning is fun" berlaku melalui proses ini bebanan guru dapat diringkan. Pengajaran Bahasa Melayu atas talian lebih menekankan penggunaan sesi tutorial. Kebiasaannya, guru akan menggunakan laman tutorial, portal yang diyakini mempunyai kesahan bahan pengajaran dari segi kuantiti mahupun kualiti. 


Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai "offline" di mana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan. Hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet. Sering kali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna. 



Bahan yang dapat didapati daripada internet sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran atas talian ialah:



8.1 Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti aplikasi Web 2.0





8.2 Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran


February 11, 2014

TAJUK 7 MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


  1. Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  2. Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran
  3. Membina bahan

Pengenalan
Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer. 

7.1 Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat



Terdapat prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan baik. 


Prinsip pemprosesan maklumat



Empat proses yang terlibat dalam pemprosesan maklumat



Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:
  1. Ingatan jangka pendek
  2. Ingatan jangka panjang

Proses ingatan jangka pendek



Proses ingatan jangka panjang





7.2 Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran
Guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara menggunakan tapak pembelajaran kepada murid. Hal ini dapat membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan mereka menggunakannya untuk P&P yang seterusnya. 


Contoh tapak pembelajaran bersifat tutorial



Contoh langkah atau cara menggunakan tapak pembelajaran
Langkah 1
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan oleh guru agi sesi pengajaran dan pembelajaran. 



Langkah 2
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan di mana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang meragkumi soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi tahap sekolah rendah. Contohnya:


Langkah 3
Setelah memilih tahap soalan, anda seharusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu. 


Langkah 4
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang diingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas 2 mengenai esei. Sebagai contoh:


Langkah 5
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah:





February 3, 2014

TAJUK 6 MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


6.1 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
6.2 Struktur Linear
6.3 Struktur Rangkaian

Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, struktur perpautan merupakan asas kepada percambahan ilmu lain. Bagi memudahkan proses pautan berlaku, guru hendaklah mahir dalam membina struktur pautan yang memenuhi diri dan prinsip rekaannya. Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:


Penggunaan struktur perpautan


6.1 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit  




Bagi laman web pengajaran dan pembelajaran, hierarki bermaksud maklumat-maklumat yang dipautkan secara berturutan mengikut kepentingan. Pautan tersebut terletak di laman utama. 

 

Berdasarkan gambar rajah, struktur hierarki berfungsi berpaut daripada halaman utama sehingga pautan kecil. Pada laman utama laman web terdapat situs yang mempunyai beberapa pilihan tautan. Apabila diklik mana-mana pilihan maka akan timbul satu paparan lain yang berkaitan dengan pautan yang telah dipilih. Berikut ialah contoh:



Struktur Hierarki






Struktur Komposit
Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. 





6.2 Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 





6.3 Struktur Rangkaian



Contoh struktur rangkaian



Aplikasi multimedia menggunakan lebih daripada satu paradigm reka bentuk dengan mengaplikasikan senarai linear, menu hierarki dan rangkaian mengikut kesesuaian. Reka bentuk yang menggabungkan paradigm ini digelar sebaga hibrid.


Contoh struktur hibrid