February 17, 2014

TAJUK 8 PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN


  1. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti aplikasi Web 2.0
  2. Melaskana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
Pengenalan
  1. Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan internet dan intranet
  2. Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk disampaikan secara elektonik kepada pelajar
  3. Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal
  4. Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan
  5. Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah secara lebih berkesan dan sistematik
  6. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini
  7. Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
  8. Mengurangkan bebahan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar
  9. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik
  10. Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar

Konsep
E-Pembelajaran interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang menggabungkan elemen-elemen multimedia. Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokkan. "Learning is fun" berlaku melalui proses ini bebanan guru dapat diringkan. Pengajaran Bahasa Melayu atas talian lebih menekankan penggunaan sesi tutorial. Kebiasaannya, guru akan menggunakan laman tutorial, portal yang diyakini mempunyai kesahan bahan pengajaran dari segi kuantiti mahupun kualiti. 


Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai "offline" di mana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan. Hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet. Sering kali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna. 



Bahan yang dapat didapati daripada internet sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran atas talian ialah:



8.1 Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti aplikasi Web 2.0





8.2 Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran


No comments:

Post a Comment