February 3, 2014

TAJUK 6 MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


6.1 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
6.2 Struktur Linear
6.3 Struktur Rangkaian

Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, struktur perpautan merupakan asas kepada percambahan ilmu lain. Bagi memudahkan proses pautan berlaku, guru hendaklah mahir dalam membina struktur pautan yang memenuhi diri dan prinsip rekaannya. Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:


Penggunaan struktur perpautan


6.1 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit  




Bagi laman web pengajaran dan pembelajaran, hierarki bermaksud maklumat-maklumat yang dipautkan secara berturutan mengikut kepentingan. Pautan tersebut terletak di laman utama. 

 

Berdasarkan gambar rajah, struktur hierarki berfungsi berpaut daripada halaman utama sehingga pautan kecil. Pada laman utama laman web terdapat situs yang mempunyai beberapa pilihan tautan. Apabila diklik mana-mana pilihan maka akan timbul satu paparan lain yang berkaitan dengan pautan yang telah dipilih. Berikut ialah contoh:



Struktur Hierarki






Struktur Komposit
Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. 





6.2 Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 





6.3 Struktur Rangkaian



Contoh struktur rangkaian



Aplikasi multimedia menggunakan lebih daripada satu paradigm reka bentuk dengan mengaplikasikan senarai linear, menu hierarki dan rangkaian mengikut kesesuaian. Reka bentuk yang menggabungkan paradigm ini digelar sebaga hibrid.


Contoh struktur hibrid



No comments:

Post a Comment