April 6, 2014

TAJUK 13 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU


  1. Menggunakan animasi perkataan dan objek perisian persembahan
  2. Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
  3. Memanipulasi animasi dalam persembahan

Animasi digunakan untuk memberi gambaran bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi atau melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik. 

Bentuk animasi



13.1 Menggunakan animasi perkataan dan objek perisian 
Power points
Perisian powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan dalam persembahan. Dalam bidang pendidikan, powerpoint kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran di dalam bilik darjah. Powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan kata lain, ia boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantukan Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikaitkan dengan animasi. 

Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua, iaitu:
Animasi powerpoint pertama merangkumi lebih daripada slide powerpoint sahaja



Animasi powerpoint yang kedua merangkumi lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint



13.2 Mencari, mengumpul dan menyesuaikan animasi daripada internet
Maklumat boleh dicari dengan mencarinya di dalam enjin pencari.


13.3 Memanipulasi animasi dalam persembahan
Prosedur penyediaan papan ayat interaktif penggunaan enjin pencari untuk pencarian video
Terdapat pelbagai enjin perncarian yang boleh digunakan untuk mencari video antaranya google dan yahoo. 


Guna kata kunci pada enjin pencarian youtube untuk mencari video. 

Muat turun video yang sesuai dan simpan dalam satu folder. 

Penggunaan powerpoint presentation untuk papan ayat interaktif

Pilih layout yang sesuai contohnya layout blank

Masukkan background pada layout untuk dijadikan latar papan ayat interaktif


Masukkan video pada slide yang disimpan dalam file


Bina perkataan pada setiap papan berdasarkan video


Rakam suara menggunakan sound recorder dan simpan dalam folder

Gunakan hyperlink untuk memasukkan bunyi. Pilih perkataan pada papan dan pergi ke butang insert. Kemudian pilih action dan masukkan bunyi suara yang dirakam. 

Penggunaan custom show untuk memainkan semua slide dalam satu paparan sahaja. Pergi ke slide show dan pilih custom slide show. Setelah siap kesemua slide papan ayat interaktif, simpan papan ayat interaktif sebagai powerpoint show. 



No comments:

Post a Comment