January 19, 2014

TAJUK 1 PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU



Penggunaan enjin pencarian bahan Bahasa Melayu
Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan bahan yang sinonim dengan penggunaan medium teknologi. Namun, penggunaan yang lestari harus berfokuskan kepada pencarian bahan yang lebih mudah, praktikal dan berteknologi terkini. Penggunaan enjin pencarian bahan adalah sebahagian daripada penglestarian teknologi maklumat. Pentingnya penggunaan enjin pencarian bahan ini dapat dijelaskan melalui:
  1. Menggunakan web, video, audio dan imej
  2. Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu
  3. Menggunakan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet  


1.1 Menggunakan web, video, audio dan imej




Dalam proses pencarian maklumat, terdapat beberapa pembekal maklumat di internet:



Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. 


Contoh alamat pembekal maklumat internet
a.    www.yahoo.com
b.    www.msn.com
c.    www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Google search.



Untuk mendapatkan bahan video, bahan video boleh didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.comTaipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube downnloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.



Semua bahan yang dimuat turun daripada internet hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam dan sensitiviti kaum sebelum menggunakan bahan yang diperolehi daripada internet. Gunakan kotak pencari seperti Google untuk mendapatkan bahan bunyi, teks dan grafik. Simpan bahan berkenaan di dalam folder Tajuk 1. Di dalam folder Tajuk 1, buat folder audio, video, grafik dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.



1.2 Menggunakan kata kunci dan frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu

Cara mendapatkan maklumat
  1. Mengenal pasti tajuk
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat
  4. Menyemak kesesuaian maklumat / bahan yang dicari
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu


Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus:
a. Taipkan perkara yang hendak diperolehi di dalam kotak pencari  


b. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Google Search dan anda akan diberikan pilihan seperti berikut: 


c. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan "bersukan". Ini menjadikan pilihan anda menjadi banyak. 

d. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda "" seperti "bersukan". Dengan berbuat demikian, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. 

e. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.


1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk alamat internet dan katalog internet
Bahan yang diperolehi dalam internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet (URL) dan katalog internet. sila lihat prosedur di bawah. Bahan-bahan yang telah disimpan ini bukan hanya boleh digunakan ketika ada talian, malah boleh juga digunakan ketika tiada talian internet. 


1.3.1 Alamat internet
a. Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya. 

b. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

c. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

d. Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. 



Alamat internet merupakan medium penyimpanan alamat laman web yang telah dipindahkan ke dalam bentuk “Microsoft Word”. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet :




1.3.2 Katalog alamat internet
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet mempunyai tajuk, alamat laman dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan. 

Sila sediakan kotak seperti di bawah :
Tajuk

URL

 Sinopsis  


Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.




No comments:

Post a Comment