January 21, 2014

TAJUK 2 MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU




2.1 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks 

Proses pengumpulan bahan boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai enjin pencari. Selain laman sesawang seperti Google dan Yahoo, sama ada sedar atau tidak kita sering kali menggunakan enjin pencari maklumat yang telah pun sedia ada di dalam komputer. Enjin pencarian itu dikenali sebagai ‘internet’.










Bagaimana enjin pencari berfungsi:
Apabila program spider masuk ke dalam sebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dinamakan sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini, spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut di mana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing. 

Bentuk Enjin Pencari Bahan
Bentuk enjin pencari bahan boleh dilihat:
i. Paparan internet


ii. Paparan komputer dan laptop


iii. Halaman Microsoft Office Word



iv.  Halaman yang telah tersedia dalam internet






a. Audio

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain itu,audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


Mengumpul bahan audio

- Menggunakan enjin ppencari Mediafire untuk memuat turun bunyi ayam 
- Contoh: Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun bunyi ayam 


b. Video 

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media seperti teks, grafik dan audio di dalam satu medium. Oleh itu, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan atau emosi para penggunanya dengan lebih nyata.  


Mengumpul bahan video

- Menggunakan enjin pencari youtube untuk memuat turun video
- Contoh: Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun video kanak-kanak "bapaku pulang dari kota"



c. Grafik

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran dan ilustrasi. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

Mengumpul bahan grafik

 - Bahan grafik biasanya boleh dimuat turun melalui enjin pencari Google dan fokuskan kepada grafik / gambar
- Contoh: Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun gambar berkaitan nelayan




d. Teks

Teks merupakan salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interatif, teks turut memainkan peranan penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. 

Mengumpul bahan teks

- Mengumpul bahan teks daripada enjin pencari Google berkenaan nelayan
- Contoh: Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun teks berkaitan nelayan




2.2 Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa

Proses mengumpul bahan yang diperoleh daripada internet akan disimpan dalam folder bahagian-bahagian tertentu mengikut kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu.



Langkah pengumpulan bahan
1.     Muat turun bahan kemahiran bahasa daripada internet
2.    Bahan disimpan dalam File Download


3. Folder setiap kemahiran bahasa dibentuk dan bahan yang diambil akan disimpan mengikut kemahiran tertentu. 



No comments:

Post a Comment